PETUA HILANGKAN JERAWAT
Assalamualaikum.. Hye!! Entry kali ni Fatin nak sharing Petua Hilangkan Jerawat. Sebelum tu, jom kenal dulu jenis2 jerawat.
JERAWAT dialami
oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia & jantina. Ia bermula dari pembukaan
kelenjar sebum yang tersekat , menyebabkan bakteria merebak & mendedahkan
bukaan pada kotoran . Bukaan kelenjar akan membengkak sebelum pecah dan
mengeluarkan cecair seperti nanah yang dikenali sebagai pustule.
Perubahan
hormon bagi remaja lelaki & perempuan
dalam tubuh mereka membuatkan liang roma mula membebaskan minyak atau sebum
yang akan menyebabkan jerawat timbul.
Terdapat 5 jenis jerawat:
1. Bintik putih / Whiteheads
Muncul atas atau bawah kulit berbentuk benjol berwarna atau kemerah-merahan, yang disebabkan liang tersumbat berada di bawah permukaan kulit manakala dinding folikel tidak pecah.
2. Bintik hitam / Blackheads
Berlaku apabila liang tersumbat membesar dan terbenjol keluar dari
rongganya. Minyak & sel kulit akan menyebabkan kulit kelihatan berminyak
walaupun selepas mencucinya. Warna yang ada pada bintik hitam disebabkan oleh
‘oxidation’.
3. Papules
Muncul dalam keadaan bengkak & keras kurang 5 mm berwarna merah,
sedikit benjol & bengkak.
4. Pustules
Berbentuk kubah & bengkak serta menjadikan kulit di bahagian
berkenaan sensitif. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari
campuran darah putih, kulit mati & jangkitan bakteria. Ia tidak
meninggalkan parut pada kulit.
5. Cysts / Nodules
Bonjolan tertutup sebesar manik & sangat sakit sekiranya tersentuh.
Ia muncul dalam lapisan kulit yang turut merosakkan struktur tisu kulit &
meninggalkan parut sekiranya dipicit.
Jom sama-sama kita semua menjaga kulit daripada dijangkiti jerawat. Macam2 cara ada. Antaranya, PETUA TRADISIONAL dengan menggunakan bahan2 masakan di rumah seperti tomato & sebagainya. Kalo nak CARA MODEN pulak, senang je. Kita jumpa doktor, doktor bagi consultation dan antibiotic. Alternative , boleh dapatkan produk Shaklee dari Fatin. Cuma kena keluar duit sikit laaa, tapi hasil MEMUASKAN! Apa2 pun, terpulang pada diri masing2 yeee :)
PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT:
Ø Menggunakan krim yang mengandungi
Benzoyl Peroxide kerana ia mengeringkan
5 – 10 % aliran pada liang.
5 – 10 % aliran pada liang.
Ø Guna facial wash yang lembut tanpa bahan kimia yang boleh menghakis kulit.
Ø Lebihkan minum air kosong yang bersih & bertapis sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk membuang bahan-bahan toksin dalam kulit.
Petua tradisional:
1. Tomato
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.
2. Kulit Kayu Manis
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.
3. Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
4. Ubat Gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
5. Putih Telur
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.
6. Pucuk Jambu Batu
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.
7. Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
8. Campuran Bawang Putih, Lobak Merah, Madu & Telur Putih
Suku ulas bawang putih + sepotong kecil lobak merah + putih telur + satu sudu kecil madu. Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih. Tumbuk sepotong kecil lobak merah dengan suku ulas bawang putih. Campurkan bawang putih & lobak merah yang ditumbuk serta satu sudu kecil madu ke dalam putih telur yang dipukul tadi. Kacau sehingga sebati. Sapu pada muka & biarkan selama 30 minit. Selepas itu, basuh muka. Buat setiap malam sebelum tidur selama seminggu. Jerawat akan hilang & kulit muka makin halus & licin.
SELAMAT MENCUBA!!